Monday, September 19, 2011

aktiviti dan kegiatan terbaru darus saadah

sila layari laman sesawang facebook untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan terbaru perstauan darus saadah. juga telah mengupload gambar-gambar terbaru kami di facebook.......

Wednesday, September 7, 2011

Berdoa

Telah berkata Ali r.a bahawa, Rasullullah saw bersabda:"Janganlah kamu semua berhenti berdoa, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman kepadaku:' Berdoalah kamu semua kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan doa kamu semua."

Lalu seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah,apakah Tuhan kita mendengar doa kita? Bagaimana caranya?"

Lalu Allah swt menurunkan ayat 186, surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Dan apabila hambaKu bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah) : Sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul."

Sunday, August 28, 2011

Post mortem..dan Selamat menyambut Syawal

Assalamualaikum teman2 yg dirahmati Allah,
 Ramadhan hampir meninggalkan kita, adakah kita merasa sedih atau suka ? sesiapa yg merasa suka maka dia tak dapat syafaat dari puasa diakhirat kelak..by right kita patut menangisi pemergian Ramadhan..this may be the last ONE..

Adakah amal ibadat Ramadhan tahun ini  lebih baik dari tahun2 sudah ? Jika ya, alhamdulillah..

Terawih berjemaah berapa malam ? Qiamulail dan i'tikaf di masjid berapa malam?


Ada kah kita akan terus rajin beramal ibadah apabila keluar dari madrasah Ramadhan kelak ?
Bertadarus dan membaca Al Quran tak ? dan dah sampai juzuk berapa dah ? Apa cerita2 dalam Al Quran tu ? Kalau tak tahu, bacalah terjemahan dan tafsirnya. Ada kawan2 Melayu yg dah bagus bacaan pun masih pergi belajar, apatah lagi kita ni..mereka pun bekerja dan ada anak2 kecik tapi mereka cari masa sebab masa tak akan cari mereka..

EVERY MUSLIM SHOULD BE IN LOVE WITH THE AL QURAN, WHY ?

Mukjizat kpd Rasulullah saw, tak nak ke kita mempelajari dan memahami cerita2 di dalamnya ? Mukjizat baginda yg lain tak mampu kita kuasai, tetapi mukjizat Al Quran mampu kita kuasai
Ilmu dalam Al  Quran sangat tinggi, sangat luas, sangat dalam.
Memperoleh pahala sangat besar jika baca untuk diri sendiri atau untuk kaum kerabat arwah.
Al Quran itu akan memberi kita syafaat di akhirat kelak jika Dia di baca.
Walau pun sibuk mana, carilah masa utk melakukan 2 perkara iaitu membaca Al Quran dan bersenam..

Akhir kata, selamat menyambut Syawal, solat sunat lah di pagi raya, ziarah menziarah, bertakbir banyak2 sepanjang bulan Syawal, jgn lupa solat 5 waktu, jgn lupa puasa 6, jaga makan minum jgn melampaui batas..

Akhir2 kata, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN  MAAF ZAHIR  BATIN !













/













Friday, August 5, 2011

亲爱 LIRIK LAGU CHING AI ~ by Raihan

亲爱 亲爱
伟大的ALLAH
以慈爱 为福眾生
伊斯兰是爱的真相

心中是时时刻有ALLAH
ALLAH 平服我们的杂念
孝顺父母无尽的关怀
我们要互爱互助

Selalulah mengingati ALLAH
Masalah kembali kepada ALLAH
Hormati ibu bapa kerna kasihnya
Tolong menolong sesama kita

穆罕默德是ALLAH的使者
以慈爱对待长辈和小孩
微笑是她的美德
因为笑是一种施舍

Muhammad itu pesuruh ALLAH
Sayang kepada yang tua dan muda
Akhlak mulianya mudah tersenyum
Kerna senyuman itu sedekah

Cintakan ALLAH Kasihkan ALLAH
ALLAH maha besar
Melindungi kita dengan rahmatNYA
Islam ajaran yang berkasih sayang

Laa Ilaahailallohu Muhammadurrosululloh

ALLAH 是独一的主
穆罕默德是ALLAH的使者

Tuesday, August 2, 2011

istiqamah dalam bertarawih...

Teman2 yg dirahmati Allah,

Khususnya kpd kaum ibu yg bekerja dan balik masak utk berbuka, semoga di beri Allah akan kekuatan fisikal dan mental utk bertarawih sepanjang bulan Ramadhan al mubarak ini, hadirkan diri disurau2, masjid2 seberapa banyak malam yg boleh, melebihi tahun2 sudah. . .memang letih dan ngantuk sampai ada yg lentuk2 semasa solat, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan pengorbanan kamu, so keep it up !!!

Friday, July 29, 2011

selamat menyambut ramadhan...

Teman2 yg dimuliakan Allah,

Semoga kita lalui ramadhan tahun ini dengan penuh kesabaran dalam beramal ibadah..moga ibadah bulan ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas..amiin

Wednesday, July 13, 2011

Ingin berkongsi sesuatu...

Teman2 yang dirahmati Allah..

Hari ini terdengar suatu ilmu manfaat di radio IKIM..begini ceritanya : kita hidup jangan ikut pepatah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu.....sebaliknya kita harus contohi ikan dimana air laut masin tidak dapat membuatkan  ikan yang hidup didalamnya jadi masin. Ikan hanya akan jadi masin apabila setelah ia mati dan  diperap dengan garam , ikan yag hidup tidak akan dapat dimasinkan. Hati yang hidup ibarat ikan hidup. Untuk menghidupkan hati hanyalah dengan zikrullah dan zikrullah paling utama ialah solat, hati yang tidak zikrullah ibarat ikan mati dimana bisikan syaitan akan menggoda jiwa seperti garam dapat menembusi daging ikan mati..betul tak ?

Thursday, June 30, 2011

STPSD 2011 ~ PRATIKAL DI MASJID PUTRA

Assalamulaikum  warahmatullahi wabarakatuh,

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersua lagi.  Peserta STPSD 2011 telah diberi latihan pratikal pada 25 Jun 2011 di Masjid Putra. Kami telah diberi peluang untuk mendekati pelancong-pelancong dari pelbagai negara dengan satu niat iaitu sampaikan Keindahan tentang Islam (The Beauty Of Islam) kepada mereka.

Dengan perasaan yang gementar pada mulanya, kami kurang mahir dalam cara penyampaian. Akan tetapi apabila kami melihat pelancong yang datang berduyun-duyun serta sokongan dari kawan-kawan kami dan pihak ABIM, kami makin yakin dan berani melangkah ke depan untuk berdakwah.  Di antara mereka ada yang telah mengatakan niatnya supaya mereka ingin sujud pada masa itu juga.. Allahu akbar..

Sekiranya diberi peluang, kami akan menyambung tugasan ini di Masjid Putra atau di mana-mana nanti. Ini kerana kita telah yakin bahawa kerja dakwah ini adalah tanggungjawab kita bersama..InsyaALLAH





Saturday, June 11, 2011

STPSD 2011

Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah (STPSD) 2011 telah bermula pada 02 April dan dijangka tamat kursus pada 10 Julai 2011.

Sepanjang kursus ini, kami banyak mendapat ilmu dari tenaga pengajar dan kami juga diberi peluang untuk menbentangkan kertas kerja secara kumpulan.

Pada 21 Mei 2011, pihak ILIM telah menganjurkan lawatan ke Islamic Outreach ABIM di Masjid Negara  Lawatan ke ABIM di Masjid Negara ini telah memberikan kami gambaran yang lebih jelas tentang peranan ABIM dalam usaha dakwah dan membantu mereka yang telah memeluk agama Islam, khususnya golongan yang tidak mahir dalam Bahasa Malaysia.

Kita berdoa semoga ahli-ahli yang mempunyai kelayakan STPSD dapat memberi bantuan  dan manfaat bersama MRA. InsyaAllah.  


Pindah ke tempat baru....

Assalaamu'alaikum semua..

Mulai 13 Jun 2011, MRA akan berpindah ke PUSAT BARU, segala program akan dijalankan disana, harap maklum. Moga kita bertambah - tambah semangat ditempat baru.

Friday, June 3, 2011

terima kasih semua atas sokongan....

Assalaamualaikum semua, MRA bangga  dengan semangat anda semua kerana hadirkan diri ke majlis baca yasin di Pusat Saudara Baru walaupun anda penat dan berkejar ke sini untuk solat maghrib berjemaah.....terima kasih juga kpd jemaah yg sedekahkan juadah, yg sedekahkan telekung, yg korbankan tenaga membersihkan tempat setelah majlis selesai , saudara Asri Loke yg imamkan serta ketuai bacaan yasin...lebih kurang 50 jemaah yg hadir..Alhamdulillah..InshaAllah kita akan adakan majlis ini pada malam jumaat minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan, kalau boleh berada disini pada pukul 7 sebelum maghrib, kalau tak dapat, boleh juga datang lepas maghrib..jangan lupa bawa air utk buat air yasin...makanan dari rumah dialu-alukan, kalau sedap boleh la jemaah tempah, jadi buat sedap2 ya..

Kepada ahli2 MACMA terima kasih kerana memberi sokongan...program macma akan datang ialah kelas masakan cara memasak mee wantan, LIVE..inshaAllah

Sunday, May 29, 2011

Majlis baca yasin akan di mulakan 2 hb Jun ini di pusat baru oleh ahli2 MRA

Jemput hadir semua malam Jumaat ini ke Pusat baru utk acara baca Yasin diketuai ustaz Azmi Ng, maghrib di sana... ada jamuan ringan disediakan.

Majlis baca Yasin ini akan diadakan tiap - tiap minggu, hadirkanlah diri beramai - ramai untuk mengimarakkan pusat baru yang kita cintai. Wassalam

Wednesday, May 11, 2011

konsep ketenangan....

tak boleh maaf dan tak boleh lupa = dendam kesuma, stress !!

tak boleh maaf tapi boleh lupa = renggang

boleh maaf tapi tak boleh lupa = dingin

boleh maaf dan boleh lupa = tenang dan bahagia !

kebaikan di balas dengan kebaikan = biasa

kejahatan di balas dengan kejahatan = biasa

kejahatan di balas dengan kebaikan = luar biasa !

 membaca Al Quran serta bertadabbur (menghayati makna) = ketenangan hakiki

quote of the day : bersedia bekalan untuk meninggalkan dunia
 

Friday, April 29, 2011

Tahniah Ilyana Chen dan Atikah Ng telah mendapat baby baru..

Tahniah Ilyana yang telah selamat melahirkan seorang putera pada 13 March, tahniah juga kepada Atikah yang juga telah melahirkan seorang putera pada 28 march baru2 ini, nanti bawa lah ke MRA untuk kami sama2 berkongsi kegembiraan..

Alhamdulillah Haji Rajali is with us again..

Assalamualaikum..Thanks a million to Haji, our beloved setiausaha kerja has agreed to be reappointed..

This sunday don't forget Omar Leow's wedding at Dewan Besar Gedung Lalang 12 noon till 3 pm, datang beramai-ramai ya.

Tomorrow night at MRA ada AJK meeting at 8 pm and tea ceremony rehersal and final preparation for the big day..

Nasi Kerabu pedas dan teh masala disediakan !

Ura-ura ada rancangan nak buat jumbo sale untuk generate income untuk MRA, ahli2 fikir2kanlah apa yang nak dijual..bye !

Friday, April 15, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Saudara Umar Leow(Angan) telah diijab kabulkan dengan Cik Yasmein baru2 ini..Majlis kenduri kahwin akan diadakan pada 1 hb May 2011 di Dewan Besar Gedong Lalang, dan semua ahli MRA dijemput. Akan di adakan acara tea ceremony(adat Cina) dan adat Melayu pada hari itu. Bermula pada 25 April 2011 8 malam mari lah kita ramai2 berkumpul, berkampung, bergotong royong di MRA bagi persediaan apa2 yang patut ..ini akan berlanjutan setiap malam sampai hari majlis. Acara ini akan dijadikan salah satu drpd aktiviti tahunan MRA. Moga Allah berkati usaha kita.

Kuih kodok panas dan teh masala akan disediakan !

Wednesday, April 6, 2011

berkongsi ilmu....SYAFAAT

    What is syafaat ? Syafaat is recomendation kepada Allah SWT supaya umat bisa masuk ke dalam syurga. Siapa yang boleh memberi kita syafaat ?

1. Syafaat Rasulullah s.a.w. Syafaat Baginda bagaikan kunci membuka jalan bagi hamba-hamba Allah
    yang lain untuk memberanikan diri meminta izin drpd Allah S.W.T. untuk memberi syafaat.

2. Syafaat Malaikat.

3. Syafaat al-Quran dan amal soleh
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang
    pada hari Kiamat sambil memberi syafaat terhadap pembacanya. Bacalah dua surah yang sangat       terang (al-zahrawain) iaitu al-Baqarah dan Ali 'Imran. Sesungguhnya kedua-dua surah ini akan datang pada hari Kiamat bagaikan awan, atau bagaikan sekumpulan burung, lalu membela orang yang membacanya." Para ulamak mentafsirkan hadis ini bahawa Allah akan menciptakan malaikat sebagai wakil al-Quran untuk membela pembacanya drpd siksaan neraka. Berkata Imam Abu Abdillah al-Qurtubi(wafat 671H) dalam kitab al-Tazkirah, "Demikianlah, Allah akan menciptakan dua malaikat sebagai balasan atas amalan membaca al-Quran dan berpuasa, lalu kedua-duanya memberi syafaat bagi orang yang melakukan ibadah ini. Begitu juga seluruh amal soleh yang lainnya.

4. Syafaat Para Nabi, Ulama dan Syuhada

5. Syafaat Saudara Muslim. Atas keluasan rahmat-Nya, Allah membuka kesempatan kepada setiap Muslim untuk memberi syafaat kepada Muslim yang lain.Setelah semua makhluk selesai memberi syafaat mereka kepada ahli neraka, what happens next ?

Sabar, will tell you later ! 

Friday, April 1, 2011

Barisan AJK baru MRA bagi tahun 2011

as salam semua, yang terpilih tahun ini adalah berikut :

Penaung                   : Haji Datuk Mohamad Nor (tetap)
Penasiha                   : Hajah Nora Ong (tetap)
Pengerusi                 : Encik Abdul Halim Lim
Timbalan Pengerusi : Haji Abdul Rahman Gan
Setiausaha                : Atikah Anne
Penolong setiausaha : Norlela Leong
Bendahari                 : Atiqah Ng
Penolong bendahari  : Aslina Pooa
Ahli AJK                  : Haji Abdul Rahman Foo
                                   Haji Asri Loke
                                   Hajah Norlina Sia
                                   Hajah Norliza Kuek
                                   Haji Johaimi Ling

     Persatuan MRA mengucap jutaan terima kasih kepada Encik Haji Rajali selaku setiausaha eksekutif yang telah mencurahkan bakti serta korbankan masa beliau sepanjang tahun 2010 demi MRA. Beliau telah undurkan diri kerana ada pihak yang lebih memerlukan khidmat nasihat beliau. Jasa mu dikenang Haji. Maafkan kami semua kalau ada kesilapan yang tidak disengajakan. Moga Haji dimurahkan rezeki dan panjang umur. Amin ya robbal a'lamin.
     Memandangkan kehadiran kali ini yang tidak memuaskan, barisan AJK merayu kepada para ahli agar hadir untuk semua program yang dianjurkan oleh MRA. Peruntukan diberi kepada persatuan oleh MAINS adalah berdasarkan kepada jumlah kehadiran ahli dalam pelbagai program yang diadakan..sila menyumbang kepada MRA dalam bentuk menghadirkan diri. MRA tidak hidup tanpa sokongan kalian.
     Mesyuarat AJK akan diadakan pada 8 April 2011 jam 9 malam kerana sepanjang April hingga Jun ada beberapa ahli AJK menghadiri kursus stpsd di ILIM pada setiap sabtu dan ahad. Mesyuarat ini bertujuan merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011.

Monday, March 14, 2011

Pusat Kegiatan Saudara Baru Seremban

Terima kasih tak terhingga kepada JAWHAR dan MAINS amnya dan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Sri Utama Mohamad Hasan khasnya, kerana telah mengilhamkan dan merealisasikan sebuah Pusat yang tersegam indah bereka bentuk kecinaan bagi memayungkan semua badan-badan dakwah dibawah satu bumbung bagi tujuan yang satu, iaitu memantapkan pegangan Agama Islam Saudara Baru seterusnya menyebarkannya kepada semua yang belum Islam. Moga moga kita tidak menghampakan hasrat murni mereka. Pastikan kita  menghadirkan diri setiap kali program dianjurkan. Kita jumpa disana ya...

Friday, March 11, 2011

well done brother Asri Loke...

Brother Asri Loke was on air yesterday on radio IKIM 5.30 pm, program ISLAM AGAMA KU, he talked about how he became a muslim, how he learnt to recite the Holy Quran etc..In fact he is one of our reverts who can read the Quran well, we all should emulate his effort instead of we blaiming our tongue , have the 'do or die ' attitude when come to learning the Quran, this is important in raising the martabat of our reverts comunity. Reading and understanding the Quran should go hand in hand, if we do not know the contents of the Quran, how can we say 'kita beriman dengan Al Quran' tapi tak tahu kisah2 dalamNya ? On top of that, find time to deepen the knowledge of Islam, prove that we love Islam, not merely want to get married. Besides, there are many masjids and suraus holding ceramahs every night, try to attend once a week, if can't, once a month..sometimes we think we know a lot about Islam already but believe it or not, there is so so much more. Only by learning further,  about the seerah nabawi especially, only then we will appreciate the religion more..be an active learner, knowledge is available everywhere..

KPI for MRA is : how many ahli2 can read the Quran properly

MARI KITA SAMA SAMA BELAJAR YA !

Wednesday, March 9, 2011

stpsd ? kursus apa tu ?

STPSD ialah sijil tinggi pengajian sains dakwah untuk melatih saudara baru (saudara muslim) menjadi pendakwah. Tahun 2010 mra telah di wakili oleh 6 orang ahli kita bersama dengan peserta pertubuhan saudara baru yang lain dari seluruh Malaysia, mempelajari 11 subjek iaitu syariah, dakwah,perbandingan agama, tajweed, hafazan, hadis, akhlak, sirah, aqidah, pengurusan saudara baru dan kemahiran komunikasi. Kursus dijalankan pada tiap sabtu ahad selama 3 bulan, may, jun, julai 2010. Ahli mra menamatkan kursus ini dengan 'warna-warna terbang'..

kursus stpsd 2011 di ILIM Bangi

 kursus stpsd 2011 mra will be represented by brother abdul halim lim, rahman gan,sister aslina pooa and farah leong, insyaallah they open their heart and mind to absorb every thing the ustazs ustazahs teach, they will come back a different person, a learnt muslim preacher, hence bringing mra to a higher level..kami semua mendoakan, go for it !

Tuesday, March 8, 2011

mra facebook...

as salam brothers sisters, Azlan also gave birth to mra facebook which is the twin brother of this blog, you can look for him at mra abdullah, it's still in infancy stage, azlan hopes we raise and nurture his babies well..off n on he will pop in to check...bye till we meet again !

Monday, March 7, 2011

Majlis ramah mesra Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan dengan MRA sempena Tahun Baru Cina 2011

let others know...

As salam to our blessed brothers and sisters, please alert our members that this blog exists, thanks to encik Azlan Kamarudin, the eldest son of dear sister Aslina Pooa. We welcome our members to contibute and to update this blog on a regular basis. Please get the passwood from me..

AGM.....please take note

assalaamuualaikum dear darussaadah (MRA) members, we're going to hold our annual general meeting tentatively on this coming 27th of March, we need your presence in order to elect our new team of comittee. The AGM may be held in our mra centre, or the new Pusat Kegiatan Saudara Baru, Rahang pending the greenlight from MAINS, hope to see all of you there, insyaallah

Tuesday, February 15, 2011

sambutan malidur rasul 2011

tahun ini sambutan sangat meriah. semua hali persatuan berkumpul beramai-ramai memeriahkan majlis yang sangat gilang-gemilang ini. saya berasa sangat gembira kerana ahli-ahli persatuan ,memberi sumbangan dan galakan terhadap majlis ini. diharapkan perhubungan seperti ini akan kekal sehingga akhir hayat kita semua. insyallah, amin.