Friday, April 1, 2011

Barisan AJK baru MRA bagi tahun 2011

as salam semua, yang terpilih tahun ini adalah berikut :

Penaung                   : Haji Datuk Mohamad Nor (tetap)
Penasiha                   : Hajah Nora Ong (tetap)
Pengerusi                 : Encik Abdul Halim Lim
Timbalan Pengerusi : Haji Abdul Rahman Gan
Setiausaha                : Atikah Anne
Penolong setiausaha : Norlela Leong
Bendahari                 : Atiqah Ng
Penolong bendahari  : Aslina Pooa
Ahli AJK                  : Haji Abdul Rahman Foo
                                   Haji Asri Loke
                                   Hajah Norlina Sia
                                   Hajah Norliza Kuek
                                   Haji Johaimi Ling

     Persatuan MRA mengucap jutaan terima kasih kepada Encik Haji Rajali selaku setiausaha eksekutif yang telah mencurahkan bakti serta korbankan masa beliau sepanjang tahun 2010 demi MRA. Beliau telah undurkan diri kerana ada pihak yang lebih memerlukan khidmat nasihat beliau. Jasa mu dikenang Haji. Maafkan kami semua kalau ada kesilapan yang tidak disengajakan. Moga Haji dimurahkan rezeki dan panjang umur. Amin ya robbal a'lamin.
     Memandangkan kehadiran kali ini yang tidak memuaskan, barisan AJK merayu kepada para ahli agar hadir untuk semua program yang dianjurkan oleh MRA. Peruntukan diberi kepada persatuan oleh MAINS adalah berdasarkan kepada jumlah kehadiran ahli dalam pelbagai program yang diadakan..sila menyumbang kepada MRA dalam bentuk menghadirkan diri. MRA tidak hidup tanpa sokongan kalian.
     Mesyuarat AJK akan diadakan pada 8 April 2011 jam 9 malam kerana sepanjang April hingga Jun ada beberapa ahli AJK menghadiri kursus stpsd di ILIM pada setiap sabtu dan ahad. Mesyuarat ini bertujuan merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011.

No comments:

Post a Comment