Wednesday, September 7, 2011

Berdoa

Telah berkata Ali r.a bahawa, Rasullullah saw bersabda:"Janganlah kamu semua berhenti berdoa, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman kepadaku:' Berdoalah kamu semua kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan doa kamu semua."

Lalu seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah,apakah Tuhan kita mendengar doa kita? Bagaimana caranya?"

Lalu Allah swt menurunkan ayat 186, surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Dan apabila hambaKu bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah) : Sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul."

No comments:

Post a Comment