Pusat Darul Saadah bukan sahaja pusat aktiviti saudara baru.Tetapi juga sebagai satu bengkel ilmu yang dapat di manfaatkan oleh semua ahli-ahli darul saadah.Di situ juga kita dapat merapatkan ukhwah di antara ahli-ahli, oleh itu saya sebagai salah seorang ahli MRA menyeru agar kita tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan kepada kita semua.
Monday, September 19, 2011
aktiviti dan kegiatan terbaru darus saadah
sila layari laman sesawang facebook untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan terbaru perstauan darus saadah. juga telah mengupload gambar-gambar terbaru kami di facebook.......
Wednesday, September 7, 2011
Berdoa
Telah berkata Ali r.a bahawa, Rasullullah saw bersabda:"Janganlah kamu semua berhenti berdoa, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman kepadaku:' Berdoalah kamu semua kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan doa kamu semua."
Lalu seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah,apakah Tuhan kita mendengar doa kita? Bagaimana caranya?"
Lalu Allah swt menurunkan ayat 186, surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Dan apabila hambaKu bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah) : Sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul."

Subscribe to:
Posts (Atom)