Friday, April 29, 2011

Tahniah Ilyana Chen dan Atikah Ng telah mendapat baby baru..

Tahniah Ilyana yang telah selamat melahirkan seorang putera pada 13 March, tahniah juga kepada Atikah yang juga telah melahirkan seorang putera pada 28 march baru2 ini, nanti bawa lah ke MRA untuk kami sama2 berkongsi kegembiraan..

Alhamdulillah Haji Rajali is with us again..

Assalamualaikum..Thanks a million to Haji, our beloved setiausaha kerja has agreed to be reappointed..

This sunday don't forget Omar Leow's wedding at Dewan Besar Gedung Lalang 12 noon till 3 pm, datang beramai-ramai ya.

Tomorrow night at MRA ada AJK meeting at 8 pm and tea ceremony rehersal and final preparation for the big day..

Nasi Kerabu pedas dan teh masala disediakan !

Ura-ura ada rancangan nak buat jumbo sale untuk generate income untuk MRA, ahli2 fikir2kanlah apa yang nak dijual..bye !

Friday, April 15, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Saudara Umar Leow(Angan) telah diijab kabulkan dengan Cik Yasmein baru2 ini..Majlis kenduri kahwin akan diadakan pada 1 hb May 2011 di Dewan Besar Gedong Lalang, dan semua ahli MRA dijemput. Akan di adakan acara tea ceremony(adat Cina) dan adat Melayu pada hari itu. Bermula pada 25 April 2011 8 malam mari lah kita ramai2 berkumpul, berkampung, bergotong royong di MRA bagi persediaan apa2 yang patut ..ini akan berlanjutan setiap malam sampai hari majlis. Acara ini akan dijadikan salah satu drpd aktiviti tahunan MRA. Moga Allah berkati usaha kita.

Kuih kodok panas dan teh masala akan disediakan !

Wednesday, April 6, 2011

berkongsi ilmu....SYAFAAT

    What is syafaat ? Syafaat is recomendation kepada Allah SWT supaya umat bisa masuk ke dalam syurga. Siapa yang boleh memberi kita syafaat ?

1. Syafaat Rasulullah s.a.w. Syafaat Baginda bagaikan kunci membuka jalan bagi hamba-hamba Allah
    yang lain untuk memberanikan diri meminta izin drpd Allah S.W.T. untuk memberi syafaat.

2. Syafaat Malaikat.

3. Syafaat al-Quran dan amal soleh
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang
    pada hari Kiamat sambil memberi syafaat terhadap pembacanya. Bacalah dua surah yang sangat       terang (al-zahrawain) iaitu al-Baqarah dan Ali 'Imran. Sesungguhnya kedua-dua surah ini akan datang pada hari Kiamat bagaikan awan, atau bagaikan sekumpulan burung, lalu membela orang yang membacanya." Para ulamak mentafsirkan hadis ini bahawa Allah akan menciptakan malaikat sebagai wakil al-Quran untuk membela pembacanya drpd siksaan neraka. Berkata Imam Abu Abdillah al-Qurtubi(wafat 671H) dalam kitab al-Tazkirah, "Demikianlah, Allah akan menciptakan dua malaikat sebagai balasan atas amalan membaca al-Quran dan berpuasa, lalu kedua-duanya memberi syafaat bagi orang yang melakukan ibadah ini. Begitu juga seluruh amal soleh yang lainnya.

4. Syafaat Para Nabi, Ulama dan Syuhada

5. Syafaat Saudara Muslim. Atas keluasan rahmat-Nya, Allah membuka kesempatan kepada setiap Muslim untuk memberi syafaat kepada Muslim yang lain.Setelah semua makhluk selesai memberi syafaat mereka kepada ahli neraka, what happens next ?

Sabar, will tell you later ! 

Friday, April 1, 2011

Barisan AJK baru MRA bagi tahun 2011

as salam semua, yang terpilih tahun ini adalah berikut :

Penaung                   : Haji Datuk Mohamad Nor (tetap)
Penasiha                   : Hajah Nora Ong (tetap)
Pengerusi                 : Encik Abdul Halim Lim
Timbalan Pengerusi : Haji Abdul Rahman Gan
Setiausaha                : Atikah Anne
Penolong setiausaha : Norlela Leong
Bendahari                 : Atiqah Ng
Penolong bendahari  : Aslina Pooa
Ahli AJK                  : Haji Abdul Rahman Foo
                                   Haji Asri Loke
                                   Hajah Norlina Sia
                                   Hajah Norliza Kuek
                                   Haji Johaimi Ling

     Persatuan MRA mengucap jutaan terima kasih kepada Encik Haji Rajali selaku setiausaha eksekutif yang telah mencurahkan bakti serta korbankan masa beliau sepanjang tahun 2010 demi MRA. Beliau telah undurkan diri kerana ada pihak yang lebih memerlukan khidmat nasihat beliau. Jasa mu dikenang Haji. Maafkan kami semua kalau ada kesilapan yang tidak disengajakan. Moga Haji dimurahkan rezeki dan panjang umur. Amin ya robbal a'lamin.
     Memandangkan kehadiran kali ini yang tidak memuaskan, barisan AJK merayu kepada para ahli agar hadir untuk semua program yang dianjurkan oleh MRA. Peruntukan diberi kepada persatuan oleh MAINS adalah berdasarkan kepada jumlah kehadiran ahli dalam pelbagai program yang diadakan..sila menyumbang kepada MRA dalam bentuk menghadirkan diri. MRA tidak hidup tanpa sokongan kalian.
     Mesyuarat AJK akan diadakan pada 8 April 2011 jam 9 malam kerana sepanjang April hingga Jun ada beberapa ahli AJK menghadiri kursus stpsd di ILIM pada setiap sabtu dan ahad. Mesyuarat ini bertujuan merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011.