Tuesday, May 22, 2012

Dari Saudara Asri Loke



Assalamualaikum W.W.  

Wahai Warga MRA, marilah kita membaharui niat kita berkecimpung dalam Persatuan MRA. Dengan kita niatkan usaha ini kerana Allah maka amalan biasa akan jadi ibadah yang akan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.. Niatkan supaya kita akan memanfaatkan Persatuan kami untuk mendalami, menghayati dan mengamalkan Islam dengan sempurna. 

Kukuhkanlah hati-hati kita dalam keluarga MRA untuk membantu sesama kita, baik dengan ilmu, tenaga ataupun wang ringgit. Niatkan supaya kita akan berusaha menyebarkan agama Islam yang indah ini kepada mereka yang belum Islam dan akan terus melakukannya untuk mencari kredhaan Alah S.W.T.. 

Doa kami adalah;


“ Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan  tawakkal kepada-Mu…(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Alllah perkenankanlah permintaan ini. Restuilah Ya Allah atas Nabi Muhammad, Ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amiin.” 

Wassalam,

Sunday, May 13, 2012

Kompleks As Saadah,Seremban.

Ini adalah Pusat Kegiatan Saudara Baru yang diberi nama "Kompleks As Saadah"


 

Kompleks Darus Saadah dikenali sebagai Masjid Cina yang pertama dibina di Negeri Sembilan, Malaysia. Keunikannya yang terletak pada reka bentuk yang merupakan sebuah bangunan masyarakat cina di negara China. Masjid Xi An yang terletak di Daerah Xin Jian dan reke bentuk bangunan Uzbekistan, merupakan sumber rujukan utama bagi Arkitek tempatan mengadaptasikan concept reka bentuk banggaan masyarakat cina.


























Mempunyai courtyard and pavilion yang merupakan nadi kepada Kompleks ini. Ia bertindak sebagai tempat utama untuk para jemaah berkumpul dan bertukar pandangan yang selama ini menjadi pegangan kuat para ahli falsafah cina. Kepercayaan ini juga mampu menyatukan ummah melalui majlis-majlis yang dianjurkan di kompleks ini secara tidak langsung. Sebuah ruang solat yang mampu menampung seramai 500 jemaah pada suatu masa yang dilengkapi dengan ukiran-ukiran cina yang diimport khas daripada negara cina bagi menghidupkan lagi rekabentuk dalaman Kompleks Darus Saadah. Warna merah digunakan di setiap pelusuk komplek menyerlahkan lagi kewujudan Masjid Cina di kediamannya.

Seperti bangunan-bangunan perjumpaan yang lain, Komplek Darus Saadah juga menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti Dewan Serbaguna, Ruang-ruang Kuliah untuk aktiviti majlis-majlis ilmu, Bilik Mesyuarat VIP, hostel bukan sahaja disasarkan kepada golongan bujang, juga diberi keutamaan kepada golongan yang telah berkeluarga apabila sesuatu acara atau kursus dilangsungkan di kompleks Darus Saadah.





Monday, September 19, 2011

aktiviti dan kegiatan terbaru darus saadah

sila layari laman sesawang facebook untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan terbaru perstauan darus saadah. juga telah mengupload gambar-gambar terbaru kami di facebook.......

Wednesday, September 7, 2011

Berdoa

Telah berkata Ali r.a bahawa, Rasullullah saw bersabda:"Janganlah kamu semua berhenti berdoa, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman kepadaku:' Berdoalah kamu semua kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan doa kamu semua."

Lalu seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah,apakah Tuhan kita mendengar doa kita? Bagaimana caranya?"

Lalu Allah swt menurunkan ayat 186, surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Dan apabila hambaKu bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah) : Sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul."

Sunday, August 28, 2011

Post mortem..dan Selamat menyambut Syawal

Assalamualaikum teman2 yg dirahmati Allah,
 Ramadhan hampir meninggalkan kita, adakah kita merasa sedih atau suka ? sesiapa yg merasa suka maka dia tak dapat syafaat dari puasa diakhirat kelak..by right kita patut menangisi pemergian Ramadhan..this may be the last ONE..

Adakah amal ibadat Ramadhan tahun ini  lebih baik dari tahun2 sudah ? Jika ya, alhamdulillah..

Terawih berjemaah berapa malam ? Qiamulail dan i'tikaf di masjid berapa malam?


Ada kah kita akan terus rajin beramal ibadah apabila keluar dari madrasah Ramadhan kelak ?
Bertadarus dan membaca Al Quran tak ? dan dah sampai juzuk berapa dah ? Apa cerita2 dalam Al Quran tu ? Kalau tak tahu, bacalah terjemahan dan tafsirnya. Ada kawan2 Melayu yg dah bagus bacaan pun masih pergi belajar, apatah lagi kita ni..mereka pun bekerja dan ada anak2 kecik tapi mereka cari masa sebab masa tak akan cari mereka..

EVERY MUSLIM SHOULD BE IN LOVE WITH THE AL QURAN, WHY ?

Mukjizat kpd Rasulullah saw, tak nak ke kita mempelajari dan memahami cerita2 di dalamnya ? Mukjizat baginda yg lain tak mampu kita kuasai, tetapi mukjizat Al Quran mampu kita kuasai
Ilmu dalam Al  Quran sangat tinggi, sangat luas, sangat dalam.
Memperoleh pahala sangat besar jika baca untuk diri sendiri atau untuk kaum kerabat arwah.
Al Quran itu akan memberi kita syafaat di akhirat kelak jika Dia di baca.
Walau pun sibuk mana, carilah masa utk melakukan 2 perkara iaitu membaca Al Quran dan bersenam..

Akhir kata, selamat menyambut Syawal, solat sunat lah di pagi raya, ziarah menziarah, bertakbir banyak2 sepanjang bulan Syawal, jgn lupa solat 5 waktu, jgn lupa puasa 6, jaga makan minum jgn melampaui batas..

Akhir2 kata, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN  MAAF ZAHIR  BATIN !













/













Friday, August 5, 2011

亲爱 LIRIK LAGU CHING AI ~ by Raihan

亲爱 亲爱
伟大的ALLAH
以慈爱 为福眾生
伊斯兰是爱的真相

心中是时时刻有ALLAH
ALLAH 平服我们的杂念
孝顺父母无尽的关怀
我们要互爱互助

Selalulah mengingati ALLAH
Masalah kembali kepada ALLAH
Hormati ibu bapa kerna kasihnya
Tolong menolong sesama kita

穆罕默德是ALLAH的使者
以慈爱对待长辈和小孩
微笑是她的美德
因为笑是一种施舍

Muhammad itu pesuruh ALLAH
Sayang kepada yang tua dan muda
Akhlak mulianya mudah tersenyum
Kerna senyuman itu sedekah

Cintakan ALLAH Kasihkan ALLAH
ALLAH maha besar
Melindungi kita dengan rahmatNYA
Islam ajaran yang berkasih sayang

Laa Ilaahailallohu Muhammadurrosululloh

ALLAH 是独一的主
穆罕默德是ALLAH的使者

Tuesday, August 2, 2011

istiqamah dalam bertarawih...

Teman2 yg dirahmati Allah,

Khususnya kpd kaum ibu yg bekerja dan balik masak utk berbuka, semoga di beri Allah akan kekuatan fisikal dan mental utk bertarawih sepanjang bulan Ramadhan al mubarak ini, hadirkan diri disurau2, masjid2 seberapa banyak malam yg boleh, melebihi tahun2 sudah. . .memang letih dan ngantuk sampai ada yg lentuk2 semasa solat, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan pengorbanan kamu, so keep it up !!!