Saturday, June 11, 2011

STPSD 2011

Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah (STPSD) 2011 telah bermula pada 02 April dan dijangka tamat kursus pada 10 Julai 2011.

Sepanjang kursus ini, kami banyak mendapat ilmu dari tenaga pengajar dan kami juga diberi peluang untuk menbentangkan kertas kerja secara kumpulan.

Pada 21 Mei 2011, pihak ILIM telah menganjurkan lawatan ke Islamic Outreach ABIM di Masjid Negara  Lawatan ke ABIM di Masjid Negara ini telah memberikan kami gambaran yang lebih jelas tentang peranan ABIM dalam usaha dakwah dan membantu mereka yang telah memeluk agama Islam, khususnya golongan yang tidak mahir dalam Bahasa Malaysia.

Kita berdoa semoga ahli-ahli yang mempunyai kelayakan STPSD dapat memberi bantuan  dan manfaat bersama MRA. InsyaAllah.  


1 comment:

  1. waw...bestnye....teringat kat student STPSD. rase nak datng sane je

    ReplyDelete