Thursday, June 30, 2011

STPSD 2011 ~ PRATIKAL DI MASJID PUTRA

Assalamulaikum  warahmatullahi wabarakatuh,

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersua lagi.  Peserta STPSD 2011 telah diberi latihan pratikal pada 25 Jun 2011 di Masjid Putra. Kami telah diberi peluang untuk mendekati pelancong-pelancong dari pelbagai negara dengan satu niat iaitu sampaikan Keindahan tentang Islam (The Beauty Of Islam) kepada mereka.

Dengan perasaan yang gementar pada mulanya, kami kurang mahir dalam cara penyampaian. Akan tetapi apabila kami melihat pelancong yang datang berduyun-duyun serta sokongan dari kawan-kawan kami dan pihak ABIM, kami makin yakin dan berani melangkah ke depan untuk berdakwah.  Di antara mereka ada yang telah mengatakan niatnya supaya mereka ingin sujud pada masa itu juga.. Allahu akbar..

Sekiranya diberi peluang, kami akan menyambung tugasan ini di Masjid Putra atau di mana-mana nanti. Ini kerana kita telah yakin bahawa kerja dakwah ini adalah tanggungjawab kita bersama..InsyaALLAH





No comments:

Post a Comment