Tuesday, May 22, 2012

Dari Saudara Asri Loke



Assalamualaikum W.W.  

Wahai Warga MRA, marilah kita membaharui niat kita berkecimpung dalam Persatuan MRA. Dengan kita niatkan usaha ini kerana Allah maka amalan biasa akan jadi ibadah yang akan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.. Niatkan supaya kita akan memanfaatkan Persatuan kami untuk mendalami, menghayati dan mengamalkan Islam dengan sempurna. 

Kukuhkanlah hati-hati kita dalam keluarga MRA untuk membantu sesama kita, baik dengan ilmu, tenaga ataupun wang ringgit. Niatkan supaya kita akan berusaha menyebarkan agama Islam yang indah ini kepada mereka yang belum Islam dan akan terus melakukannya untuk mencari kredhaan Alah S.W.T.. 

Doa kami adalah;


“ Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan  tawakkal kepada-Mu…(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Alllah perkenankanlah permintaan ini. Restuilah Ya Allah atas Nabi Muhammad, Ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amiin.” 

Wassalam,

Sunday, May 13, 2012

Kompleks As Saadah,Seremban.

Ini adalah Pusat Kegiatan Saudara Baru yang diberi nama "Kompleks As Saadah"


 

Kompleks Darus Saadah dikenali sebagai Masjid Cina yang pertama dibina di Negeri Sembilan, Malaysia. Keunikannya yang terletak pada reka bentuk yang merupakan sebuah bangunan masyarakat cina di negara China. Masjid Xi An yang terletak di Daerah Xin Jian dan reke bentuk bangunan Uzbekistan, merupakan sumber rujukan utama bagi Arkitek tempatan mengadaptasikan concept reka bentuk banggaan masyarakat cina.


























Mempunyai courtyard and pavilion yang merupakan nadi kepada Kompleks ini. Ia bertindak sebagai tempat utama untuk para jemaah berkumpul dan bertukar pandangan yang selama ini menjadi pegangan kuat para ahli falsafah cina. Kepercayaan ini juga mampu menyatukan ummah melalui majlis-majlis yang dianjurkan di kompleks ini secara tidak langsung. Sebuah ruang solat yang mampu menampung seramai 500 jemaah pada suatu masa yang dilengkapi dengan ukiran-ukiran cina yang diimport khas daripada negara cina bagi menghidupkan lagi rekabentuk dalaman Kompleks Darus Saadah. Warna merah digunakan di setiap pelusuk komplek menyerlahkan lagi kewujudan Masjid Cina di kediamannya.

Seperti bangunan-bangunan perjumpaan yang lain, Komplek Darus Saadah juga menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti Dewan Serbaguna, Ruang-ruang Kuliah untuk aktiviti majlis-majlis ilmu, Bilik Mesyuarat VIP, hostel bukan sahaja disasarkan kepada golongan bujang, juga diberi keutamaan kepada golongan yang telah berkeluarga apabila sesuatu acara atau kursus dilangsungkan di kompleks Darus Saadah.