Teman2 yang dirahmati Allah..
Hari ini terdengar suatu ilmu manfaat di radio IKIM..begini ceritanya : kita hidup jangan ikut pepatah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu.....sebaliknya kita harus contohi ikan dimana air laut masin tidak dapat membuatkan ikan yang hidup didalamnya jadi masin. Ikan hanya akan jadi masin apabila setelah ia mati dan diperap dengan garam , ikan yag hidup tidak akan dapat dimasinkan. Hati yang hidup ibarat ikan hidup. Untuk menghidupkan hati hanyalah dengan zikrullah dan zikrullah paling utama ialah solat, hati yang tidak zikrullah ibarat ikan mati dimana bisikan syaitan akan menggoda jiwa seperti garam dapat menembusi daging ikan mati..betul tak ?
Pusat Darul Saadah bukan sahaja pusat aktiviti saudara baru.Tetapi juga sebagai satu bengkel ilmu yang dapat di manfaatkan oleh semua ahli-ahli darul saadah.Di situ juga kita dapat merapatkan ukhwah di antara ahli-ahli, oleh itu saya sebagai salah seorang ahli MRA menyeru agar kita tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan kepada kita semua.
Wednesday, July 13, 2011
Thursday, June 30, 2011
STPSD 2011 ~ PRATIKAL DI MASJID PUTRA
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersua lagi. Peserta STPSD 2011 telah diberi latihan pratikal pada 25 Jun 2011 di Masjid Putra. Kami telah diberi peluang untuk mendekati pelancong-pelancong dari pelbagai negara dengan satu niat iaitu sampaikan Keindahan tentang Islam (The Beauty Of Islam) kepada mereka.
Dengan perasaan yang gementar pada mulanya, kami kurang mahir dalam cara penyampaian. Akan tetapi apabila kami melihat pelancong yang datang berduyun-duyun serta sokongan dari kawan-kawan kami dan pihak ABIM, kami makin yakin dan berani melangkah ke depan untuk berdakwah. Di antara mereka ada yang telah mengatakan niatnya supaya mereka ingin sujud pada masa itu juga.. Allahu akbar..
Sekiranya diberi peluang, kami akan menyambung tugasan ini di Masjid Putra atau di mana-mana nanti. Ini kerana kita telah yakin bahawa kerja dakwah ini adalah tanggungjawab kita bersama..InsyaALLAH
Saturday, June 11, 2011
STPSD 2011
Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah (STPSD) 2011 telah bermula pada 02 April dan dijangka tamat kursus pada 10 Julai 2011.
Sepanjang kursus ini, kami banyak mendapat ilmu dari tenaga pengajar dan kami juga diberi peluang untuk menbentangkan kertas kerja secara kumpulan.
Pada 21 Mei 2011, pihak ILIM telah menganjurkan lawatan ke Islamic Outreach ABIM di Masjid Negara Lawatan ke ABIM di Masjid Negara ini telah memberikan kami gambaran yang lebih jelas tentang peranan ABIM dalam usaha dakwah dan membantu mereka yang telah memeluk agama Islam, khususnya golongan yang tidak mahir dalam Bahasa Malaysia.
Kita berdoa semoga ahli-ahli yang mempunyai kelayakan STPSD dapat memberi bantuan dan manfaat bersama MRA. InsyaAllah.
Pindah ke tempat baru....
Assalaamu'alaikum semua..
Mulai 13 Jun 2011, MRA akan berpindah ke PUSAT BARU, segala program akan dijalankan disana, harap maklum. Moga kita bertambah - tambah semangat ditempat baru.
Mulai 13 Jun 2011, MRA akan berpindah ke PUSAT BARU, segala program akan dijalankan disana, harap maklum. Moga kita bertambah - tambah semangat ditempat baru.
Friday, June 3, 2011
terima kasih semua atas sokongan....
Assalaamualaikum semua, MRA bangga dengan semangat anda semua kerana hadirkan diri ke majlis baca yasin di Pusat Saudara Baru walaupun anda penat dan berkejar ke sini untuk solat maghrib berjemaah.....terima kasih juga kpd jemaah yg sedekahkan juadah, yg sedekahkan telekung, yg korbankan tenaga membersihkan tempat setelah majlis selesai , saudara Asri Loke yg imamkan serta ketuai bacaan yasin...lebih kurang 50 jemaah yg hadir..Alhamdulillah..InshaAllah kita akan adakan majlis ini pada malam jumaat minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan, kalau boleh berada disini pada pukul 7 sebelum maghrib, kalau tak dapat, boleh juga datang lepas maghrib..jangan lupa bawa air utk buat air yasin...makanan dari rumah dialu-alukan, kalau sedap boleh la jemaah tempah, jadi buat sedap2 ya..
Kepada ahli2 MACMA terima kasih kerana memberi sokongan...program macma akan datang ialah kelas masakan cara memasak mee wantan, LIVE..inshaAllah
Kepada ahli2 MACMA terima kasih kerana memberi sokongan...program macma akan datang ialah kelas masakan cara memasak mee wantan, LIVE..inshaAllah
Sunday, May 29, 2011
Majlis baca yasin akan di mulakan 2 hb Jun ini di pusat baru oleh ahli2 MRA
Jemput hadir semua malam Jumaat ini ke Pusat baru utk acara baca Yasin diketuai ustaz Azmi Ng, maghrib di sana... ada jamuan ringan disediakan.
Majlis baca Yasin ini akan diadakan tiap - tiap minggu, hadirkanlah diri beramai - ramai untuk mengimarakkan pusat baru yang kita cintai. Wassalam
Majlis baca Yasin ini akan diadakan tiap - tiap minggu, hadirkanlah diri beramai - ramai untuk mengimarakkan pusat baru yang kita cintai. Wassalam
Wednesday, May 11, 2011
konsep ketenangan....
tak boleh maaf dan tak boleh lupa = dendam kesuma, stress !!
tak boleh maaf tapi boleh lupa = renggang
boleh maaf tapi tak boleh lupa = dingin
boleh maaf dan boleh lupa = tenang dan bahagia !
kebaikan di balas dengan kebaikan = biasa
kejahatan di balas dengan kejahatan = biasa
kejahatan di balas dengan kebaikan = luar biasa !
membaca Al Quran serta bertadabbur (menghayati makna) = ketenangan hakiki
quote of the day : bersedia bekalan untuk meninggalkan dunia
tak boleh maaf tapi boleh lupa = renggang
boleh maaf tapi tak boleh lupa = dingin
boleh maaf dan boleh lupa = tenang dan bahagia !
kebaikan di balas dengan kebaikan = biasa
kejahatan di balas dengan kejahatan = biasa
kejahatan di balas dengan kebaikan = luar biasa !
membaca Al Quran serta bertadabbur (menghayati makna) = ketenangan hakiki
quote of the day : bersedia bekalan untuk meninggalkan dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)

